Pengetua Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Ban­dar Tun Hussein Onn 2, Mohd. Rezazali Ahmad Ansar berkata, video pendek berdurasi dua minit yang boleh dirakam menggunakan gajet seperti telefon pintar atau tablet itu bersesuaian dengan minat dan cita rasa remaja.

“Pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni kreatif, meningkatkan kemahiran ko­­­­munikasi dan menggalakkan mereka mencuba sesuatu yang baharu selain bidang aka­demik,” katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini semalam.

Melalui pertandingan anju­ran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan Kementerian Pendidikan itu, pelajar berpeluang meraih hadiah bulanan berjumlah RM4,000 untuk em­pat pemenang setiap bulan selama setahun mulai 1 Janua­ri hingga 31 Disember 2018 tajaan Orando Holdings.

Setiap video penyertaan mesti dalam bahasa Melayu dan perlu disertakan dengan penerangan ringkas 50 hingga 100 perkataan juga dalam bahasa Melayu.

Penyertaan perlu dihantar ke www.muhibah.com.my, ma­­­na­kala maklumat mengenai pertandingan ini boleh dirujuk di www.utusan.com.my.