SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1.0 PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar di semua jenis sekolah menengah bantuan kerajaan atau swasta di seluruh negara, tanpa mengira bangsa dan etnik. Penyertaan pelbagai kaum sebagai sekawanan produksi adalah satu kelebihan.
1.2  Setiap pemenang akan dipilih daripada semua kaum di Malaysia.
1.3 Pertandingan bersifat bulanan yang menawarkan empat hadiah bulanan berjumlah keseluruhanRM4,000, atau RM1,000 setiap video pendek. 
1.4 Mestilah warga negara Malaysia.

2.0 FORMAT PERTANDINGAN

2.1 Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang diberikan iaitu #Muhibah.
2.2 Penyertaan video pendek perlu disertakan :
      2.2.1 Tajuk video
      2.2.2 Nama peserta (jika individu)
      2.2.3 Nama setiap ahli kumpulan (jika berkumpulan tidak melebihi 5 ahli)
      2.2.4 Nama dan alamat lengkap sekolah beserta nombor telefon sekolah
      2.2.5 Tingkatan semasa peserta
      2 .2.6 Nama guru tingkatan dan nombor telefon guru tingkatan
     2 .2.7 Nombor telefon peserta/ibu bapa/penjaga
     2.2.8 Alamat emel
     2 .2.9 Sinopsis tidak melebihi 100 patah perkataan tentang pengkisahan atau jalan cerita video.

2.3 Penyertaan adalah dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

3.0    SYARAT PERTANDINGAN

3.1    Pertandingan bulanan bermula pada setiap 1 haribulan dan video pendek diserahkan kepada penganjur pada setiap hujung bulan . Pemenang akan diumumkan pada bulan berikutnya. Kitaran tarikh yang sama adalah terpakai dan berkuat kuasa untuk bulan-bulan berikutnya.
3.2 Penyertaan boleh dikemukakan secara individu/kumpulan.
3.3 Video yang dihasilkan mesti patuh  durasi yang ditetapkan iaitu 2 minit termasuk kredit.
3.4 Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan, tetapi setiap peserta hanya layak menangi satu hadiah sahaja.
3.5 Setiap video pendek adalah merupakan hasil karya sendiri.
3.6 Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati video yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan peserta akan dibatalkan serta-merta.
3.7 Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan filem/video.
3.8 Peserta boleh menggunakan peralatan merakam sendiri seperti menggunakan telefon pintar/perakam video untuk menghasilkan video dengan elemen lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kretiviti masing-masing adalah dibenarkan.
3.9 Kos penyertaan pertandingan ditanggung oleh peserta.
3.10 Format video tidak ditetapkan.
3.11 Setiap penyertaan hendaklah dimuat naik naik melalui borang yang disediakan di www.muhibah.my.